About Me
Inilah akibat dari ilmu sains yang dipelajari oleh manusia… blog, internet, komunikasi tanpa sempadan. Sambil aku menulis ni… radio pulak bercerita facebook menyebabkan kita jadi leka. mereka kata orang yang gila facebook ialah orang yang anti sosial… eh eh… macam-macam.
Inilah serba sedikit mengenai penulis Blog Juga.
Nama aku NIKMAN, ada juga orang panggil poknik. masalah jika panggil poknik ialah semua adik beradik aku adalah poknik, jadi untuk tidak mengelirukan kami adik beradik, sila jangan panggil poknik, panggil aje nikman atau man barulah rasa aman sedikit hati ini.
Itulah sedikit mengenai diriini. Semoga kita semua dirahmati.
Sambungan mengenai internet!
Ini suatu yang ajaib bagiku, setiap huruf yang aku taip di sini, dalam masa sekejap sahaja dapat dipaparkan di ruang maya seperti yang anda lihat ini. Pada masa sekarang, berjuta-juta manusia menulis di tempat masing-masing dan dapat dilihat oleh semua orang yang mendapat kemudahan internet.
Maka, berbagai jenis maklumat dan cerita dapat dikongsi, yang baik, yang benar, yang tipu, yang melampau, yang jahil, yang berilmu, yang cerdik, yang tak cerdik, yang tua, yang muda, yang ambil kesempatan, yang berkongsi peluang dan lain-lain, semuanya berlumba-lumba memaparkan di internet.
Dengan pantas juga semua maklumat-maklumat tersebut diterima oleh berbagai jenis orang juga, yang akan menafsir dengan macam-macam tafsiran. Hasilnya akan timbul berbagai-bagai lagi maklumat dari maklumat yang telah ada itu. Masing-masing yang membaca akan menafsirkan mengikut keupayaan. Maka terjadilah salah faham, “perbetul faham”, pemikiran baru. Tapi yang aku hampir pasti ialah …”kebenaran akan timbul, yang salah akan diketahui, akan disedari, akan dipatahkan.
Dengan izin Allah semoga selamat semua.
