Sekadar Berkongsi apa yang kurasa dan terjumpa di alam maya ini...
jika tuan mempunyai apa-apa pandangan yang mesti disampaikan, silalah sampaikan, semoga perbincangan ini mendapat keredhaan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Hakim yang Paling Adil.

"(ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar" (24:15)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa...." (49:12)

semoga Allah limpahkan hidayah serta keampunan kepada kita suma dan seluruh umat Islam



Menjual Nama Orang Lain Untuk Fitnah

Tarikh : 01/01/12 05:35 PM

Sungguh sedih apabila ada manusia yang sanggup menjaja nama orang-orang budiman sebagai orang yang membuat kerosakan atau orang-orang aneh. Salah seorang yang dijadikan bahan untuk mengukuhkan puak masing-masing ialah tabii yang dikenali sebagai Uwais. Macam-macam cerita direka untuk membenarkan kepentingan masing-masing.

Yang lebih sedih lagi ialah apabila ada orang yang kritis pemikirannya, lalu menghina orang yang tidak berkenaan, hanya semata-mata kerana orang lain yang tidak bertanggungjawab menjaja namanya sebagai orang-orang aneh tanpa rujukan yang sahih.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas hamba-hambanya yang beriman dan melakukan amal soleh.


Jika anda ingin berkongsi isu yang sama, sila maklumkan alamat web anda melalui komen

oleh : BLog Juga

-

---

Sila Beri Komen

 
---