Visi

Tarikh : 09/09/11 01:13 AM

Setiap seorang dari kita dan setiap organisasi mempunyai visi masing-masing. Kadang-kadang seorang mempunyai dua visi dalam hidupnya, satu untuknya dan satu lagi untuk organisasinya. Kadang-kadang lebih kerana menganggotai banyak organisasi. Ada juga yang mempunyai banyak visi untuk dirinya sendiri?

Apa sebenarnya visi?
Kamus Dewan mendifinisikan visi sebagai:

Tanggapan dan pandangan yang jauh dan menĀ­dalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkemĀ­bangan masa depan dan sebagainya, wawasan: pemimpin yang mempunyai keperibadian yang utuh serta ~ dalam kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dalam penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman; bervisi mempunyai visi: pemimpin negara yang ~ tinggi dan jauh.

Apabila tiap-tiap orang atau organisasi sibuk mengejar visi masing-masing, tanpa disedari mereka sebenarnya sedang menjauhi antara satu sama lain. Kita boleh membandingkan keadaan sekumpulan pelajar yang sedang berbincang dalam kumpulan dengan sekumpulan pemuda yang sedang mengadap notebook masing-masing.

Mengapa? Tidak bolehkan semua manusia dan organisasi mempunyai 1 visi yang boleh dikongsi bersama?, atau sekurang-kurangnya rakyat Malaysia yang percaya kepada tuhan (rukun negara) mempunyai 1 visi yang dikongsi bersama.

visi 2

Apakah visi tersebut?

Iaitu berasaskan kepercayaan kepada tuhan, ‘setiap tindakan adalah kerana tuhan’. Kemudian, diikuti setiap seorang bebas bertindak mengikut kepercayaan masing-masing. Kemudian dikenalpasti ciri-ciri umum dan khusus bagi agama masing-masing. Apa-apa persamaan seperti kerjasama, tekun, jujur dan lain-lain dijadikan sebagai alat-alat untuk merealisasikan visi yang sama.

Begitu juga dengan organisasi, mempunyai visi yang sama iaitu Setiap Tindakan Adalah Kerana Tuhan. Kemudian, bagi merealisasikan visi bersama tersebut, terpulanglah kepada fungsi masing-masing bagi menetapkan misi dan objektif.

Hmmm…
Pandangan tuan juga dihargai, inilah pula pandanganku, hidup dan mati kerana Allah s.w.t.



Jika anda ingin berkongsi isu yang sama, sila maklumkan alamat web anda melalui komen

oleh : BLog Juga

-

---

Comment

 
---